Selepas pelbagai konflik dan drama yang berlaku dalam drama bersiri premium KUASA episod lalu, hari ini penonton akan melihat banyak lagi kisah yang membongkar sikap setiap ahli keluarga Tan Sri Dhameer.

Apa yang musykil, selepas Tan Sri Dhameer yang dilakonkan oleh Ridzuan Hashim mengumumkan mahu bersara di awal episod, sehingga kini dia masih belum membuat keputusan siapa di antara anaknnya yang akan menggantikannya.

Namun dalam episod ini, keadaan sudah menjadi semakin kritikal kerana kesihatan Tan Sri Dhameer sudah semakin merosot. Adakah sudah tiba masanya Wira Entertainment diterajui oleh orang baru?

Selain itu, Darius dalam episod kali ini menjadi semakin tidak keruan gara-gara isterinya, Emma yang masih tidak diketahui di mana hilangnya selepas didakwa melarikan diri.

Sementara itu, Delilah dan Arman berganding bahu dalam usaha menyelamatkan filem, Sinar Wira apabila penulis skrip mereka mengugut untuk menarik semula skripnya kerana tidak bersetuju dengan pemilihan pengarah yang datangnya dari Hollywood untuk mengarah filem itu.

Apakah lagi drama keluarga Tan Sri Dhameer kali ini? Jangan lupa saksikannya dalam episod mala mini pada jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.

Saksikan KUASA yang mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.

Astro Originals ini membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.

KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.