Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kesuma Juara Zon Tengah Festari Malaysia 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM3,000

Amri Hassan
29/07/2024 15:52 MYT
Kumpulan Kesuma dinobatkan sebagai johan zon tengah Festival Tari Malaysia 2024, menumpaskan lapan pasukan lain yang bertanding tahun ini.

Kemenangan itu melayakkan Kesuma yang merupakan Kumpulan Kesenian Universiti Malaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan.

Mempersembahkan tarian rampaian tradisional Kesuma Jiwa dan tarian kreatif Malaysia 'Sada Bulan Emperaga' yang mengisahkan nyanyian musim menuai, kumpulan kesenian itu berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara.



Tempat kedua pula dimenangi oleh Nyala Dance Theatre yang mempersembahkan tarian Kasih Bertaut Kembali (rampaian tradisional) dan Kepang-Ku, tari kreatif mengisahkan proses menghasilkan anyaman kuda kepang yang popular dalam masyarakat Jawa di Johor. Kumpulan itu membawa hadiah wang tunai RM2,000.



Manakala, tempat ketiga menjadi milik Dansa Fusion Kuala Lumpur yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Choreoarts Dance Troupe pula pulang dengan kedukan keempat dengan hadiah wang tunai RM500.

Sementara itu, kumpulan Aadyamaatra Artisukma UKM pula dianugerahkan Anugerah Khas Juri dan menerima hadiah iringan wang tunai RM500.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)



Festival Tari Malaysia 2024 zon tengah menyaksikan sembilan kumpulan bertanding untuk ke peringkat kebangsaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan pada 27 dan 28 Julai lalu iaitu rampaian tradisional dan kreatif Malaysia di Panggung Eksperimental UM Kuala Lumpur.

Festival Tari Malaysia merupakan acara dwi tahunan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang memberi ruang dan peluang kepada kumpulan tarian mempersembahkan bakat dan kreativiti masing-masing.

BERITA TRENDING: Maya Karin Belajar Tango Demi The Experts - “Tetap Pergi Latihan Walaupun Otot Sakit”

BERITA TRENDING: Comel & Berbakat! Tarinspirasi Dendang Rakyat Buka Tirai Panggung Seni Tradisional 2023

BERITA TRENDING: #OhAbeNik Puas Sangat Layan Muzik Tradisional, Tarian Tertib Junjung Tradisi

BERITA TRENDING: Kak Ani Lakar Sejarah Malaysia Book Of Records, Persembahan Tarian Tradisional Disertai Penari Paling Ramai! - "Ia Tak Sama Macam Kita Menang Anugerah"

#Juara #Universiti Malaya #Kreatif #Tarian #UM #Tradisional #Festari #Festival Tari Malaysia #FTM #Kesuma