Bersempena genap 10 tahun penubuhan Qew Communications (QewComm), syarikat ini bakal menganjurkan sebuah konsert amal berjudul Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mac depan di The Westin Hotel itu bertujuan untuk mengumpul dana dan diserahkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih.

QewComm bantu komuniti

Menurut Pengarah Urusan QewComm yang juga bertindak selaku pengarah projek, Datin Rahizahwati Yahya, pihaknya amat teruja bagi menganjurkan konsert gilang gemilang itu selain dapat menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Kami sangat berbangga dan teruja untuk menganjurkan konsert yang gilang gemilang ini. Biarpun usaha yang dilakukan agak kecil, namun kami percaya ada sumbangannya kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu, pihak kami merasakan sudah tiba masanya untuk QewComm membalas jasa dan memberikan semula kepada masyarakat terutama golongan yang memerlukan menerusi penganjuran konsert amal ini. Give something to society.

“Objektif utama QewCoom menganjurkan konsert amal ini adalah bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan seperti Yayasan Kebajikan Negara (KN), Pertubuhan Kebaikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM) dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).

"Pun begitu, kami ingin jelaskan dana yang dikumpul bukan hanya tertumpu kepada anak seni, sebaliknya bantuan akan disalurkan oleh Kebajikan Negara adalah secara menyeluruh,” ujarnya.

Rahizahwati berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut yang berlangsung di KLCG Bakery, Dataran Merdeka baru-baru ini.

A post shared by Qew Communications Sdn Bhd (@qewcomm)

Sasarkan RM30,000 kutipan

Dalam masa sama, Rahizahwati turut berharap pihaknya mampu mencapai kutipan yang disasarkan selain sambutan yang menggalakkan.

“Selepas mengambil kira bajet dan dana hasil sumbangan orang ramai, kami sasarkan sebanyak RM30,000 kutipan.

“Kami turut berharap konsert ini bakal mendapat sambutan yang hangat. Namun, sasaran tetap bergantung kepada sambutan, harapnya menggalakkan,” tambahnya.

Persembahan penyanyi terkenal

Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert bakal menampilkan barisan penyanyi hebat antaranya Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah, dan Ella.

Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili 'Solidariti for Iskandar Spring' iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah.

Mereka Semua akan diringi oleh pemuzik professional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.qewcomm.com atau layari Facebook QewCoom https://www.facebook.com/qewcomm

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.