VIRAL
Khairul Aming Akan Pergi ‘Shopping Mall’ Setiap Kali Ke Luar Negara - “Itu Satu-Satunya Masa Yang Saya Ada Privasi”
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mendedahkan dia akan mengunjungi pusat membeli-belah setiap kali pergi ke luar negara.
Tenang beli barang
Menerusi video di TikTok, Khairul Aming atau KA berkata dia dapat membeli barang dengan tenang tanpa dikenali ketika berada di tempat itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Agak Kritikal Lonely Aku Ni Sebenarnya…” - Khairul Aming Bagi ‘Gift’ Untuk Diri Sendiri, Netizen Terhibur!
ARTIKEL BERKAITAN: Post Konten ‘Random’, Akaun Kedua Khairul Aming Buat Netizen Terhibur - “Dah Rosak Ke Lepas Raya…”
“Bila travel oversea, orang lain akan cuba macam cari tempat yang ‘eh jom kita pergi nature, tengok gunung, pulau’. Tapi aku lain.
“Aku kalau pergi oversea, benda pertama shopping mall. Kenapa? Itulah shopping mall yang KA boleh masuk tak ada seorang pun kenal.
“Saya boleh berjalan secara normal. KA boleh masuk kedai dengan normal, boleh beli barang dengan normal. Tak ada seorang pun tegur,” katanya.
Dapat kebebasan
Pada perkongsian yang sama, Khairul Aming berkata dia hanya mendapat kebebasan seperti itu selepas 10 tahun.
“Itulah sebab kalau KA pergi oversea, KA akan pergi shopping mall dulu. Orang akan persoalkan kata saya boring pergi oversea pergi mall.
“Tapi bagi saya, itu satu-satunya masa yang KA ada privasi la. Macam pergi Oman hari tu pun sama, Dubai.
“Memang saya pergi mall sebab itu saja tempat KA boleh rasa normal beli barang selepas 10 tahun tak ada kebebasan tu la,” ujarnya.