Laman Utama
Khairul Aming Kecewa Beli Tiket Mahal Tapi Sistem Suara Konsert Billie Eilish Teruk; “Weh Sedih, Tak Jelas Billie Sebut Apa”
Personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sedih apabila sistem suara yang digunakan pada konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish tidak begitu bagus.
Aming menerusi satu ciapan di laman Twitter memaklumkan, dia sendiri tidak dapat mendengar secara jelas nyanyian yang disampaikn Billie pada konsert Happier Than Ever World Tour yang berlangsung malam tadi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Weh sedihnya sound system, tak jelas pun Billie sebut apa, aku redha,” jelas Aming.
Tidak hanya itu, Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman turut meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram dengan mengatakan kedudukan pentas untuk pengunjung yang hadir pada konsert berkenaan tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Malah Aming turut kesal dengan tindakan pihak penganjur yang sudah mengenakan caj tiket konsert yang agak mahal namun pengurusan yang disediakan agak mengecewakan.
“Nak muat naik klip persembahan tadi pun tak semangat, beli tiket mahal tapi duduk satu kilometer dari pentas.
“Sangat-sangat kecewa, rasa macam kena tipu bila dapat tempat duduk yang pemandangannya begini.
“Berapa ramai yang beli tike RM500++ tapi pemandangan teruk, kalau awal-awal bagitahu tempat duduk sejauh itu senang sikit.
“Kesian orang ramai datang jauh-jauh, beli tiket mahal-mahal tapi akhirnya terima perkhidmatan teruk begini,” kongsi Aming.
Sementara itu, Aming turut menyatakan (mentioned) nama pihak penganjur dalam perkongsiannya supaya mendapat perhatian dari pihak mereka.
Terdahulu, Gempak melaporkan ada peminat yang meluahkan rasa teruja sehingga gagal menahan air mata selepas diumumkan penyanyi berusia 20 tahun itu bakal mengadakan konsert di Malaysia.
Must-Watch Video