Khairul Aming Risau Kecanggihan Teknologi Buat Pelajar Generasi Kini Hilang Fokus - “Tengok Buku, Otak Tak Berfungsi”
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming berkongsi semula cara dirinya belajar sewaktu di bangku persekolahan.
Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi perkara tersebut sewaktu menjawab salah satu pertanyaan pengguna media sosial di satu sesi siaran langsung.
Ujarnya, rakan-rakan banyak merujuk kepadanya mengenai subjek yang tidak difahami.
“Saya jenis yang akan memperuntukkan masa untuk belajar.
“Balik saja sekolah, saya akan tidur petang.
Saya terpaksa sebenarnya sebab kalau tak tidur, malam tak boleh belajar.
“Jadi, lepas maghrib saya akan mula belajar sampai tengah malam dalam 1:00 pagi.
“Kadang-kadang ada kawan-kawan yang tak faham, mereka akan rujuk pada saya, tapi saya pun ada belajar saat-saat akhir macam pelajar lain,” ujarnya.
@khairulamingfans_ Goodluck kepada semua calon SPM 2024 yang akan menduduki ujian bertulis bermula khamis ni! ?? @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #spm ♬ original sound - Fans KhairulAming
Sementara itu, usahawan sambal nyet itu juga meluahkan rasa risau apabila kemajuan teknologi kini boleh membuatkan pelajar kurang fokus pada pelajaran.
Namun, dia bersyukur kecanggihan teknologi dan kepelbagaian aplikasi terkini tidak berlaku sewaktu zamannya.
“Budak-budak sekarang ini agak merisaukan.
“Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi. Attention span dia dah rosak,” tambahnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tertarik Tengok Koleksi ‘Repost’ Di Akaun TikTok Khairul Aming - Selalu Yang Single Memang Dia Akan Kongsi…”