Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Khalid Umum Siri Jelajah Asia Tahun 2020, Malaysia Tersenarai!

Azwa Rahman
04/12/2019 09:27 MYT

Penyanyi Hollywood terkenal Khalid telah mengumumkan siri jelajah Asia pada tahun 2020 dan Malaysia antara lokasi yang turut tersenarai.

Menerusi laman sosial Twitter, Khalid memuat naik poster siri jelajahnya, ‘Khalid Free Spirit Asia Tour 2020’ untuk tatapan umum.

“See you there, Asia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Khalid bakal memulakan konsertnya di Bangkok, Thailand pada 24 Mac 2020 dan berakhir di Bangalore, India pada 14 April 2020.

Siri jelajah di Malaysia akan berlangsung pada 4 April 2020 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Meninjau ruangan Twitter, rata-rata peminat di Malaysia cukup teruja menerima kehadiran Khalid dan tidak sabar untuk menonton persembahannya nanti.

“Tidak sabar menanti. Terima kasih dari Kuala Lumpur!” ujar seorang wargamaya.

“I'm so glad so many people are going to be able to experience this amazing tour,” kata seorang wargamaya.

“WOWOWOW LEGEND IS COMING,” ujar seorang wargamaya.

“Weh, nak pergi!” komen seorang wargamaya lagi.

Kicauan daripada Khalid itu sehingga kini telah menerima hampir 17,000 ulang kicau dan 53,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Terdahulu, Khalid yang pernah menerima enam pencalonan Anugerah Grammy cukup dikenali menerusi lagu-lagunya yang berjudul Young, Dumb & Broke, Location, Eastside, Talk dan banyak lagi.

#Konsert #Selebriti #Konsert #Antarabangsa