HIBURAN

Khimar Beli Di Mekah Antara Peranan Penting Dalam Titik Perubahan Diri Natasha Hudson - “Banyak Perkara Yang Telah…”

Asyikin Mayudin 30/06/2025 | 09:55 MYT
Perkongsian pelakon Natasha Hudson mengenai kisah penghijrahannya dalam mencari keredhaan Allah sejak sedekad lalu menarik perhatian netizen di Instagram.

Perubahan dalam hidup

Menerusi perkongsian di Instagram, Natasha berkongsi momen berharga yang sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada perubahan dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati Momen…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Tanggal Tudung, Natasha Hudson Akhirnya Buka Mulut - “Jangan Ada High Expectation For Us, Ia Boleh Bikin Orang Jadi Gila”

Pemilik nama Natasha Liana Hudson memberitahu sehelai khimar yang dibeli di Mekah semasa melakukan umrah pertama pada tahun 2012 memainkan peranan penting dalam titik perubahan diri.

“Banyak sangat perkara yang telah berlaku dan tidak tahu mahu bermula dari mana. Tetapi yang saya pasti perjalanan ini penuh dengan peringatan.

“Salah satunya pada 6 Jun, hari lahir Kaia. Pada hari yang sama tuan rumah saya meninggal dunia pada hari Arafah dalam keadaan hujan lebat penuh rahmat,” kongsinya.

Buka mata

Sudah bertahun melalui fasa penyembuhan jiwa, pelakon berusia 42 tahun ini percaya perubahannya itu berlaku disebabkan dorongan oleh Allah.

Kata Natasha lagi, banyak perkara yang telah terjadi membuka matanya terhadap kekuasaan Allah S.W.T dan berharap orang ramai menghargai setiap peluang yang diberi.

“Semuanya tentang kembali dari kosong dan menghargai apa yang ada. Saya harap saya juga akan mekar semula dengan indah, Insyaa-Allah. Dan semoga Allah kurniakan pengakhiran yang baik buat saya, keluarga dan seluruh umat.

“Bersyukurlah dengan setiap peluang hidup yang diberi, sama ada peluang untuk kembali, mencintai, bertaubat dan tujuan untuk hidup semula dengan tujuan,” ujarnya.

Sebelum ini, Natasha menjadi topik bualan selepas dilihat tidak mengenakan hijab pada tahun 2022. Malah selebriti itu juga sebelum ini pernah berniqab pada tahun 2016.

#Mekah #Umrah #Natasha Hudson #Khimar #Kisah penghijrahan