Hiburan

Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati Momen…”

gempak
Asyikin Mayudin
06/06/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati Momen…”
Pelakon Natasha Hudson melahirkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah hospital pada Rabu.

Syukur Dikurniakan Cahaya Mata

Natasha menerusi Instastory berkata pengalaman melahirkan seorang lagi anak merupakan momen yang paling bermakna buatnya.

“Another silver lining. Saya sangat bersyukur untuk satu lagi cahaya mata. Membawa seorang manusia dalam kehidupan menjadikan ia satu perasaan yang sangat terbaik dan melalui pengalaman lagi.

“Mengingatkan saya kepada kecantikan dan keajaiban hidup itu sendiri dan saya melihat ke hadapan untuk lebih menikmati setiap momen yang berharga dari tendangan kecil pertama kepada kenangan yang tak terkira yang kita cipta sebagai keluarga,” kongsi Natasha.
Natasha turut memuat naik swafoto bersama suaminya iaitu Muhammad Haris Jasmin ketika berada di wad.
ARTIKEL BERKAITAN: “Doakan Lah Banyak-Banyak…”- Natasha Hudson Selamat Nikah Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayangnya” - Natasha Hudson Dah Free Hair? Gambar Posing Tepi Pantai Cetus Tanda Tanya!

Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.
Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Neesa Helena.
Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012.
Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.
Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.
Pada 2022, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Tanggal Tudung, Natasha Hudson Akhirnya Buka Mulut - “Jangan Ada High Expectation For Us, Ia Boleh Bikin Orang Jadi Gila”

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Kahwini Sahabat Lama, Akan Menetap Di Langkawi - "Saya Pilih Tidak Berada Dalam Kehidupan Silam"

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Pakai Gaun Sama Natasha Hudson, Pavitra Minta Tutupkan Bahu – “Dia Bukan Selebriti Gred A Tapi ...”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Baju Terdedah Bahu, Natasha Hudson Berkecil Hati Dengan Rizman Ruzaini – “Kenyataan Mereka Berbaur Peribadi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Hina Sangat Natasha, Baju Tu Bukan Beli Dengan Air Liur” - Pengasas Produk Kesal Kenyataan Rizman Ruzaini

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya...Natasha Hudson Buka Mulut Status Diri, - “Ada Wanita Lamar Jadi Madu”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live