Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

Amri Hassan
25/04/2024 10:12 MYT
Drama rantaian popular Khunsa terus mencipta fenomena dalam kalangan penonton setia dan warganet sepanjang bersiaran sejak beberapa bulan lalu.

Melewati pelbagai plot dan kejutan demi kejutan, pelbagai andaian dan teori juga muncul dalam kalangan penonton.

Antaranya tentang watak Wan Jusoh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika Cik Khun melarikan diri dari hospital serta identiti sebenar watak Ahmad (anak angkat Cik Nisa) serta Naem (anak saudara Cik Nisa).

Menjawab kepada perkara itu, ini respons daripada pendukung peranan utama Khunsa!

1. Watak Wan Jusoh belum mati?

"Saya memang suka baca respons dari penonton drama Khunsa. Memang macam-macam, ada yang betul dan ramai yang salah teka. Kita dapat tengok kebanyakan penonton sudah terbiasa yangg jahat kena sampai insaf atau mati.. tapi bila ada kelainan dan plot twist, ia akan jentik kembali penonton untuk terima keadaan itu dan saya suka. Tahniah buat yang teka betul.

"Teori yang tak masuk akal, ada yang minta kembali watak Wan Jusoh, kalau boleh kerana mereka tak boleh terima Wan Jusoh dah mati. Ada yang kata Wan Jusoh masih hidup dan akan datang kembali," kata Azhan Rani.

BERITA TRENDING: Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil

PILIHAN PEMBACA: Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”

2. Ahmad sebenarnya anak Midah?

"Saya banyak baca komen-komen untuk episod sebelum-sebelum ini tetapi the moment saya masuk sebagai Cik Nisa, saya tak baca komen sebab tak nak efek dan downkan diri saya. Actually a good art adalah art yang provoke dan saya rasa Khunsa berjaya provoke satu Malaysia. Maknanya berjaya sebab ada yang overthinking.

"Teori yang tak masuk akal- Ada yang cakap Megat yang bawa watak Ijat tu adalah suami Faezah Ilai. Ada pula yang kata Ahmad tu anak Midah," kata Nadia Aqilah.

BERITA TRENDING: ​Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”

3. Naem anak Cik Nisa, Cik Ton jadi hantu?

"Seronok bila baca dari netizen, mereka minta kembalikan Cik Ton dalam bentuk hantu. Mungkin ada Khunsa 2 dan Cik Ton jadi hantu dan menghantui orang yang masih hidup? Tapi sedihlah kerana Cik Ton, dia berubah dari baik jadi jahat dan jadi jahat yang bersebab. Bila ramai penonton dapat meyelami perasaan Cik Ton, kesian sebab cik ton tersakiti, saya rasa gembira kerana itulah watak dan perwatakan cik ton.

"Sebenarnya saya kagum dengan netizen kerana selain menonton cerita ini, mereka juga dapat berfikir dan buat spekulasi masing-masing. Siap ada yang buat spekulasi dan cerita masing-masing.

"Penonton-penonton kita bijak kerana bila tonton bukan sekadar berhibur, mereka berfikir dan cari solusi dan fikir apakah cerita yang nak disampaikan oleh pengarah dan penulis skrip. Mereka berfikir dan selain itu, dapat info yang berguna.

"Teori yang tak masuk akal apabila ada yang kata Naem itu adalah anak Cik Nisa sendiri. Korang baca komen-komen itu sendiri dan kenapa mereka berkata begitu. Saya rasa lucu juga kerana dia berfikir di luar kotak," ujarnya.

BERITA TRENDING: Khunsa: Sherry Alhadad Tak Pernah Terfikir Berlakon Watak Mak Tiri Jahat! - "Agak Stress Sebenarnya"

PILIHAN PEMBACA:​ Khunsa: Sherry Ketuk Kepala Azhan Rani Pakai Senduk Kayu, Suami Jadi Bodoh Kena Sihir!

Khunsa diarahkan oleh Shahrulezad Mohamedin dan dibintangi Azhan Rani, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Mhia Firdaus, Amalina Arham, Mikael Noah & pelakon-pelakon hebat yang lain..

Saksikan EPISOD AKHIR Khunsa pada minggu ini di Astro Ria dan strim Astro GO.

#Sherry Alhadad #Drama #Nadia Aqilah #Azhan Rani #Budak Ijat #teori #Khunsa
;