Pelakon Kilafairy memaklumkan dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mahu berkahwin dengan kekasih hatinya dalam tempoh terdekat ini.

Menurut Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir, 29, dia dah teman lelaki masih bersama cuma isu berkaitan lamaran atau menamatkan zaman bujang masih belum berbangkit.

“Saya tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan mengatakan teman lelaki ingin melamar atau bakal berkahwin dalam tempoh terdekat. Cuma apa yang pasti, kami masih dalam hubungan”.

Malah, dia sebelum ini juga turut menafikan dirinya sudah dilamar oleh kekasihnya Sa'aid Umar Aiman.

Jelasnya, cincin yang dipakai di jari manis pemberian kekasih hatinya itu bertujuan sekadar suka-suka. Namun, dia mengakui serius menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya itu.

Kilafairy sebelum ini berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.

Kilafairy ditemui pada sidang media pelancaran drama Bersiri Tumpang Lalu Bang yang berlangsung secara maya sebentar tadi.

Sementara itu, Kilafairy mengakui bersikap lebih selektif memilih watak di dalam drama selepas mengambil pendekatan untuk menutup aurat.

Malah, dia juga bersyukur pengarah dan pihak produksi memahami batas dirinya sebagai sebagai wanita berhijab.

“Saya mula bersikap lebih selektif menerima tawaran untuk berlakon setelah mula bertudung. Kalau boleh watak yang diterima itu biarlah bersesuaian dengan imej saya dan tidak melanggar batas.

“Malah, apabila menerima tawaran untuk berlakon untuk karya ini, saya sendiri tidak tahu mempunyai lima orang abang. Mula terlintas di fikiran, bagaimana hendak berlakon kerana semestinya perlu bersentuhan kerana adik beradik.

“Namun saya bersyukur kerana mereka menghormati batas saya sebagai wanita berhijab dan mengubah adegan dan babak mengikut kesesuaian. Syukur Alhamdulillah kerana mereka memahaminya,” kata Kila.

Drama bersiri 28 episod itu diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd arahan Eon Shuhaimi yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Tomok, Ziana Zain, Raja Afiq, Aidil Aziz, Black, Qi Razali dan ramai lagi.