Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kilafairy Selesa Dengan Status Single, Hubungan Cinta Terdahulu Tinggal Kesan - “Saya Tak Takut Pun Nak Jumpa Orang Baru Cuma…”

Asyikin Mayudin
18/07/2024 01:55 MYT
Pelakon Kilafairy mengakui dia lebih selesa menjalani kehidupan solo selepas tiga tahun tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

3 Tahun Single

Kilafairy atau mesra disapa sebagai Kila berkata dia percaya kepada masa dan takdir yang sudah tertulis untuknya selain tidak pernah berasa tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.

“I’m so happy being single. Ada yang cuba mendekati, Alhamdulillah ada. Tapi kita yang terlalu selesa hidup single, bahaya juga kalau dah terlampau selesa kan. Mungkin juga tak jumpa ‘the right person’.

“Saya juga percaya pada masa, mungkin Allah nak saya jaga papa lagi, masih tak nak saya kahwin lagi. Saya pun tak ada tergesa-gesa nak kahwin. Tapi rasa takut nak kahwin itu ada,” kata Kilafairy kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilafairy Tolak Tawaran Berlakon Di Hospital, Masih Trauma Dengan Pemergiaan Arwah Ibu - “Saya Rasa Perasaan Ini Akan Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mama Pergi Seolah-Olah Sedang Tersenyum” - Kilafairy

Menganggap belum tiba masanya untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri, Kilafairy bagaimanapun memberitahu hubungan cinta yang sebelum ini sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya.

“Ada juga yang meninggalkan kesan yang membuatkan saya rasa tak nak melalui benda ini lagi. Tapi pada masa yang sama, saya rasa bukan masanya lagi. Kita serahkan kepada DIA (Allah) untuk tentukan.

“Bila fikir balik, patutlah saya tak kahwin lagi… Allah nak saya jaga mama. Saya saja dengan mama, papa… saya duduk dengan mereka dalam satu rumah. Semua adik-beradik lain dah kahwin,” ujarnya.

Tiada perasaan tertekan dengan status single, Kilafairy turut berkata arwah ibunya iaitu Rohana Jalil dan bapanya juga tidak pernah memaksanya untuk berkahwin.

“Saya tak rasa tertekan pun, sebab keliling saya pun ada kawan-kawan yang sentiasa ada untuk saya. I’m okay & I love it. Saya tak takut pun nak jumpa orang baru cuma macam kahwin itu satu perkara yang serius.

“Saya memang selesa dengan kehidupan sekarang. Masa mama ada dulu pun dia tak pernah persoalkan. Ibu bapa saya tak pernah paksa. My dad ada la sekarang bertanya, sebab macam risau.

“Kadang-kadang bila dia ada kerja luar, saya tinggal seorang di rumah… itu yang dia risau dan nak cari pasangan untuk saya. Tapi lama-lama dia cakap tak apa, ikut masa saja Allah lebih mengetahui,” katanya lagi.

#Kilafairy #Rohana Jalil #Ibu Kilafairy #Kekasih Kilafairy #Kilafairy single
;