,
Hiburan

#KillThisLove Bakal Jadi Fenomena Baru BLACKPINK Selepas Ddu-du Ddu-du?

Kamaruddin Razal
25/03/2019
23:32 MYT
BLACKPINK yang popular dengan lagu “ddu-du ddu-du” dengan rekod tontonan klip video mereka sebanyak 722 juta di laman Youtube bakal melancarkan album baharu “Kill This Love” pada 5 April ini, lapor Astro Awani.
YG Entertainment telah mengeluarkan imej menerusi laman web rasmi mereka yang menunjukkan ahli kumpulan, Lisa, sebagai tanda persiapan bagi peminat BLACKPINK untuk bersedia dengan “comeback” dari kumpulan itu.
Menurut pengurusan YG Entertainment, tajuk lagu utama "Kill This Love," dalam album itu bakal menjadi kegilaan seperti “ddu-du ddu-du”, merujuk pada lagu utama album sebelumnya BLACKPINK yang dikeluarkan pada bulan Jun tahun lepas.
"Koreografi yang akan datang (lagu), merupakan koreografi bertaraf kelas dunia jadi ia akan menghasilkan sesuatu yang lebih dinamik daripada apa yang BLACKPINK telah berikan setakat ini.
"Ia akan memenuhi harapan peminat." tambah YG Entertainment lagi.
Pelancaran album berkenaan diadakan seminggu lebih awal daripada kemunculan BLACKPINK di Festival Muzik Coachella 2019, yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 21 April ini di California, Amerika Syarikat.
Bermula 17 April, kumpulan itu akan memulakan lawatan ke Amerika Utara bagi menjayakan lapan persembahan di enam bandar besar termasuk Los Angeles, Chicago dan Hamilton di Kanada.
BLACKPINK juga telah tercalon dalam kategori "Global Music Star" di Anugerah Pilihan Kanak-kanak Nickelodeon tahunan yang diadakan baru baru ini.
Kumpulan berkenaan bersaing dengan artis dari seluruh dunia seperti Taylor Swift, David Guetta, J Balvin dan Troye Sivan.
Pemenang anugerah itu kebanyakannya berdasarkan undi peminat dan "faktor lain", menurut laporan allkpop.
Sumber: Astro Awani / Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

gempak
11/08/2024
07:55 MYT
Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dalam rancangan hiburan berjudul TMI News Show.
Hiburan

Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

gempak
09/07/2024
08:00 MYT
Nama bintang K-pop, Jennie Blackpink menjadi perbualan hangat di Platform X susulan tersebar sepotong video menunjukkan bintang itu menghisap vape di dalam bangunan.
Hiburan

Video Muzik Rockstar Lisa Blackpink Didakwa Ciplak Travis Scott

gempak
06/07/2024
13:55 MYT
Mencatat rekod dengan 20 juta tontonan sebaik dilancarkan selama 12 jam, video muzik Lisa Blackpink, Rockstar kini berdepan kontroversi apabila didakwa menciplak hasil kreativiti orang lain.
Hiburan

Rosé BLACKPINK & Cha Eunwoo Bercinta?

gempak
03/07/2024
15:00 MYT
Dikatakan sedang hangat bercinta, nama Rosé BP dan Cha Eun-woo dipetik kembali.
Hiburan

BLACKPINK Lancar Filem Konsert Sempena Ulang Tahun

gempak
21/06/2024
18:55 MYT
Kumpulan K-Pop wanita popular, Blackpink akan menyambut ulang tahun kelapan dengan menayangkan sebuah filem yang merakamkan jelajah dunia mereka yang mencatat rekod, kata agensi kumpulan itu pada Jumaat.