Hollywood

Kim K Hadiahkan Anak Jaket Michael Jackson Berharga RM271,000 Sempena Krismas!

gempak
Amri Hassan
26/12/2019
09:22 MYT
Sponsor Banner
Kim K Hadiahkan Anak Jaket Michael Jackson Berharga RM271,000 Sempena Krismas!
Selebriti terkenal antarabangsa Kim Kardashian West menghadiahkan sehelai jaket valvet hitam yang pernah dipakai legenda Michael Jackson kepada anak sulungnya, North West sempena sambutan Hari Natal baru-baru ini.
Jaket yang direka khas oleh Dennis Tompkins dan Michael Bush itu dibeli dengan harga AS$65,625 (RM271,392).
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Kim menerusi Instagram Story akaun peribadinya.
"North adalah peminat setia Michael Jackson dan kami tahu dia sangat sukakan jaket ini. Kami memenangi sesi bidaan untuk North sempena Krismas ini," katanya.
Jaket yang pernah dipakai Raja Pop Dunia itu bertatahkan batu, mutiara dan bercorak pada sebelah bahu serta dilengkapi dengan tassel rhinestone ke tengah-tengah dada.
Jaket itu pernah dipakai Michael Jackson ketika sambutan hari jadi Elizabeth Taylor ke-65 pada tahun 1997.
Pada asalnya, jaket itu dijual dengan harga AS$10,000 (RM41,000) hingga AS$20,000 (RM82,710) sahaja.
Terdahulu, jaket kulit yang pernah dipakai Michael Jackson dalam muzik video Thriller pernah dibida dengan harga AS$1.8 juta (RM74.4 juta) pada tahun 2011.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024