Hiburan

Kim Young Ae Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
Mya Amri
10/04/2017
08:07 MYT
Sponsor Banner
Kim Young Ae Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas
Pelakon veteran terkenal Korea, Kim Young Ae dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pankreas.
Difahamkan kesihatan Kim Young Ae, 66, semakin teruk ketika penggambaran drama The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop baru-baru ini.
Bagaimanapun, Young Ae nekad untuk menghabiskan penggambaran tersebut walaupun terpaksa berulang alik dari hospital kerana kesungguhan dan cintanya terhadap bidang lakonan.
Young Ae menghembuskan nafas terakhir semalam (9 April 2017) disamping keluarga dan sahabat baiknya.
Terdahulu, Kim Young Ae disahkan menghidap kanser pankreas pada tahun 2012 dan pernah menjalani pembedahan untuk membuang kanser itu di tahun yang sama.
Namun kanser itu kembali menyerang selepas dia sibuk dengan pengambaran drama tersebut.
Upacara pengebumian Young Ae dilakukan di Hospital Yonsei.
Antara drama lakonan popular lakonan Young Ae adalah “The Moon Embracing the Sun,” “Birth of a Beauty,” “Doctors,” and the movie, “The Attorney.”
Olahan: Mya Amri
Sumber: Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live