Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

The Kings Of Comedy Is Back: Ini Perjalanan Karier Seni JoZan

Umirah Halim
20/08/2024 14:12 MYT
Gandingan dua bakat komedi, Johan dan Zizan sentiasa memukau peminat komedi.

Tanya sahaja pada sesiapa pun, pasti ramai yang tidak mampu menidakkan penangan gandingan Johan dan Zizan.

Sehingga kini, Johan dan Zizan terus mengorak langkah dan digelar sebagai pelawak dan pengacara pelapis paling efektif hari ini.

Perjalanan karier seni JoZan

Kali ini Gempak akan kongsikan perjalanan karier seni pembabitan dua jejaka yang sinonim dengan jolokan Jozan di pentas hiburan.

Pasangan pelawak duo ini mula membina nama selepas menyertai program reality Raja Lawak Astro musim pertama (RL1) pada 2007

Walaupun mereka tewas di tangan Allahyarham Yus Edoo, Zizan berjaya muncul sebagai naib juara manakala Johan pula di tempat ketiga.

Dua figura ini juga pernah bergabung sebagai kumpulan Jozan pada 2009 menerusi Jozan Show sebagai pengacara, diikuti menyertai Maharaja Lawak 2011 dan muncul naib juara serta 2012 pula menjulang takhta juara Maharaja Lawak Mega (MLM).

Pada masa yang sama, ketika itu juga Jozan telah berjaya diiktiraf sebagai pasangan duo komedi paling popular.

Namun, sayangnya gandingan Jozan berakhir di MLM 2012 apabila keduaduanya nekad membawa haluan untuk karier seni masing-masing.

Kini, setelah dua tahun ‘menghilang’ kerinduan peminat terhadap gabungan mereka pastinya terubat apabila JoZan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

Filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

BERITA TRENDING: Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

BERITA TRENDING: JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa -

BERITA TRENDING: Telatah Bayi Berbaring & Tidur Dalam

#Johan #Jozan #Zizan #Karier #Seni #back