Syarikat rakaman Def Jam Indonesia sekali lagi tampil memberikan yang terbaik untuk peminat muzik hip-hop/rap.

Kali ini giliran MukaRakat bagi menunjukkan kemampuan mereka melalui single terbaru berjudul "N.O.S (Name of Survivors)".

Kumpulan yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia ini dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Lipooz, DirtyRazkal, D'Flow, I'm Rapholic, dan DJ Geramar.

Seperti yang mungkin anda ketahui, muzik MukaRakat berorientasikan hip-hop tradisional atau lama.

Begitu juga dalam single "N.O.S (Name of Survivors)", mereka masih memilih lagu hip-hop old school untuk trek mereka.






Jika dilihat pada lirik, ia adalah cerita tentang pengalaman perjalanan mereka dalam industri muzik selama ini, di mana kerja keras, usaha gigih, serta sokongan dari ramai individu menjadikan mereka terus kuat berusaha demi minat mereka.

"Mesej yang dibawa lagu ini adalah bagi mencapai setiap kejayaan ianya memerlukan usaha yang gigih, perlu enjoy setiap proses dan tentu saja perlu ada keikhlasan yang tulus dalam berkarya," kata Lipooz.

Apa yang menarik, mereka turut memasukkan kosa kata bahasa daerah Nusa Tenggara Timur ke dalam lirik.

Dari segi bunyi, susunan muzik dari MukaRakat untuk single "N.O.S (Name of Survivors)" masih tetap menggunakan konsep hip-hop lama seperti dalam single mereka sebelum ini.

Walaupun tiada perbezaan khusus dalam susunan muzik, mereka telah menambah sesuatu yang baru iaitu penggunaan bunyi bass yang lebih old school, yang tentu saja lebih raw. Mereka turut memasukkan bunyi-bunyian daripada alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur sebagai fill-ins di beberapa bahagian.

Single "N.O.S (Name of Survivors)" boleh didengari di semua platform penstriman muzik serta di laman YouTube.