Pengasas jenama kosmetik dan jurusolek popular, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau Alha Alfa mengimbau kembali detik awal perkenalan bersama tunang, Noor Azlin Ismail.

Menurut Alha, ketika itu kehidupannya masih tidak stabil malah duit yang ada hanya sekadar untuk kegunaan harian.

"Teringat mula-mula kenal beliau dulu.. Time tu duit memang cukup pakai je. Simpan duit simpan duit nak buat product.

"Ye lah, buat makeup gaji berapa sangat. Nak buat product harga ratus ribu, boleh dapat sebuah rumah.

"Time tu pulak berkenalan dengan beliau melalui kelas makeup. Bila ada kelas makeup, ada la duit lebih sikit nak simpan.

"Kira time kenal tu, memang hidup tunggang langgang. Pergi sana pergi sini. Selagi boleh ada kerja, boleh simpan.

"Beliau banyak bagi support.. Faham kesibukan. Selalu bagi semangat jangan down.

"Walaupun muda tapi cara fikir cara cakap dan cara bertindak sangat matang.

"Alhamdulillah Allah temukan dengan beliau yang memahami situasi orang business dan kerja sendiri ni," tulis Alha.

Alha juga mendedahkan betapa risaunya dia semasa meminta kebenaran untuk meminang tunangnya daripada keluarga pihak perempuan.

"Detik paling merisaukan bila call mak beliau nak minta izin untuk lebih serius dan nak masuk meminang hari tu.

"Call nak tanya berapa wang hantaran? Masya-Allah. Mak beliau cakap, "Alha nak amik anak dia pun makcik bersyukur sangat dah. Nak bagi berapa pun takpe.

"Suruh bincang dengan beliau.. Bila tanya beliau pulak, you terima I pun I dah bersyukur, tak payah bagi pun takpe.

"Allahu syukurnya masih ada rupanya insan yang ikhlas.

"Katanya nak minta senaskah Al-Quran pun cukup. Time tu saja tanya dia, nanti kahwin nak pakai baju sapa?

"Dengan gelak-gelak dan bergurau, Rizalman katanya. Sambil gelak dan I tau you gurau.

"Ye lah, siapa tak nak kan.. Huhuhu.. Time tu macam tertelan biji nangka tapi dah tekad simpan duit..

"Kalau panjang jodoh ada rezeki lebih, Alha akan sedaya upaya usahakan.. So semalam senyap-senyap Alha pun bawak die ke sini jumpa Datuk Rizalman. Syukur.. Semuanya berjalan lancar," tulisnya.

Di samping itu, Alha juga berpendapat wang hantaran yang tinggi bukan isunya kerana kehidupan selepas berkahwin lebih penting.

"Bagi Alha, kalau wanita ikhlas, tak payah hantaran pun lelaki akan usahakan yang termampu... Kalau hantaran tinggi-tinggi pun ok juga kalau dua pihak mampu dari keturunan kaya..

"Ramai je kawan-kawan Alha yang nak kahwin, stuck sebab hantaran tinggi.. Depa struggle nak menyimpan untuk nak kahwin dan lepas kahwin akan datang masalah sebab duit simpanan habis..

"Patutnya lepas kahwin kite happy.. Kalau hantaran lepas untuk kenduri, makan minum pun dah ok.. Kalau ukuran hantaran di ukur melalui degree ke.. master ke.. tak semua mampu..

"Sudahnya ramai lelaki-lelaki takut nak kahwin dengan perempuan bijak sebab takut hantaran tinggi... Sedangkan lepas kahwin nanti lagi banyak duit akan digunakan untuk kehidupan bersama... Kan?" tulisnya lagi.

Sekadar info, Alha Alfa merupakan antara nama jurumekap artis yang dikenali di kalangan industri seni tanah air.

teringat mula2 kenal beliau dlu..time tu duit mmg cukup pakai je..simpan duit simpan duit nak buat product..yela buat makeup gaji berapa sgt..nk buat product harga ratus ribu..boleh dapat sebijik umah..time tu pulak berkenalan ngn beliau melalui kelas makeup..bila ada kelas makeup,,.ada la duit lebih skit nak smpan..kira time kenal tu,mmg hidup tunggang langgang..g sana g sini..selagi boleh ada keje..boleh simpan..beliau byk bg support..faham kesibukan..selalu bg semangat jgn down..walaupun muda tapi cara pikir cara cakap n cara bertindak sgt matang..alhmdulillah ALLAH temukan dgn beliau yg memahami situasi org business n keje sendiri ni.. . detik paling merisaukan bila call mak beliau..nk mntak izin utk lebih serius n nak masuk meminang aritu..call nak tanya berapa wang hantaran? masha allah~~ mak beliau cakap “alha nak amik anak die pun makcik bersyukur sgt dah..nak bagi berapa2 pun xape..suruh bincang dgn beliau”...bila tanya beliau pulak..”u terima i pun i dah bersyukur..xyah bagi pun xpe”... ??? allahuu..syukurnyaaa..masih ada rupanya insan yg ikhlas..katanya nak mntak senaskah alquran pun cukup..time tu saja tanya die..nanti kwen nak pakai baju sape? dengan gelak2 n bergurau “ @rizalman71 “ katanya..smbil gelak2 n i tau u guraw2...yela sape tanak kann..huhuhu..time tu macam tertelan bijik nangka..tapi dah tekad simpan duit..simpan duit..kalau panjang jodoh..ada rezeki lebih..alha akan sedaya upaya usahakan..so semalam senyap2 alha pun bawak die ke sini jumpa dato rizalman.syukuurrr..semuanya berjalan lancar..?????? bg alha,kalau wanita ikhlas, xyah hantaran pun laki akan usahakan yg termampu..kalau hantaran tggi2 pun ok jgak kalau dua pihak mampu dr keturunan kaya2..ramai je kwn2 alha yg nak kawen, stuck sbb hantaran tggi..depa struggle nak menyimpan utk nak kawen n lepas kawen akan dtg masalah sbb duit simpanan habis..patutnya lepas kawen kite happy2..kalau hantaran lps utk kenduri,mkn minum pun dah ok..kalau ukuran hantaran di ukur melalui degree ke..master ke..xsemua mampu..sudahnya ramai lelaki2 takot nak kawen dgn ppuan bijak sbb takot hantaran tggi..sdgkan lepas kawen nanti lagi banyak duit akan digunakan utk kehidupan bersama.kan?

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on