Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kisah Cinta Yang Tak Diduga The Alif & Kamelia Syermain

Kamaruddin Razal
02/07/2020 11:29 MYT
Setelah sekian lama berdiam diri di dalam industri, kini band The Alif kembali semula dengan menampilkan single terbaru yang berjudul Kisah Cinta Yang Tak Diduga.

Lagu ini juga menampilkan penyanyi berbakat kelahiran Sarawak, Kamelia Syermain yang juga membuat kemunculan semula.

Sebelum ini Kamelia dikenali dengan lagu Khabar Aku yang diterbitkan pada tahun 2014.

Lagu Kisah Cinta Yang Tak Diduga ini dihasilkan oleh Aliff Hassan dan Kamelia Syermain sendiri.








Proses pembikinan lagu ini dilakukan sangat cepat dan penggambaran video lirik lagu ini mendapat tajaan lokasi daripada Dr Khasiah Zakaria (Ketua Pustakawan Universiti Malaya).

Lagu ini mengisahkan tentang kisah cinta yang dipendam dua manusia, akan tetapi mereka tidak berani meluahkan secara terus terang dan akhirnya perasaan itu dipendam begitu sahaja.

Sebelum ini The Alif terkenal dengan lagu lagu seperti Hujan Di Jendela, Bulan Bintang dan Satu Nyawa, di mana lagu-lagu mereka sering menjadi runut runut bunyi drama drama di Malaysia.

Mereka berharap kehadiran semula mereka dapat diterima masyarakat dan radio radio tempatan.

Anda boleh menonton video lirik lagu Kisah Cinta Yang Tak Diduga di bawah:


#Kamelia Syermain #The Alif