Hiburan

"Kisah Hidup Saya Dah Macam 'Fairytale' .." - Risteena Terharu Dengan Kesungguhan Isa Khan Ketika Di Bali

gempak
Zulaikha Yusof
30/01/2020
08:27 MYT
Sponsor Banner
"Kisah Hidup Saya Dah Macam 'Fairytale' .." - Risteena Terharu Dengan Kesungguhan Isa Khan Ketika Di Bali
Pelakon Risteena berkongsi sebuah rakaman video ketika bercuti dengan tunangnya, Isa Khan di Bali, Indonesia.
Kata Risteena kesanggupan Isa untuk menjayakan kejutan lamaran sehinggakan dia tidak cukup rehat.
"Throwback semasa @theisakhan bertungkus lumus menjayakan surprise pertunangan kami di Bali.
"Masa tu dia langsung tak cukup tidur. Dia betul-betul bersungguh plan segalanya di sana.
"Yes, he made it! Tapi dalam perjalanan balik ke Malaysia, terus gone dalam flight. Kesiannya dia. Hehe! Keluar air liur weyyyy," tulis di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Risteena turut mengucapkan terima kasih kepada Isa kerana merealisasikan impiannya menjadi kenyataan.
"Kisah hidup saya dah macam 'Fairytale', kadang-kadang rasa macam Romeo dan Juliet, kadang-kadang rasa macam Princess.
"Haih..Terima kasih cinta kerana menjadikan impian saya satu kenyataan.
"Ye cinta kita luar biasa. Awak selalu bahagiakan saya.
"Semoga kita akan terus macam ni sampai bila-bila.
"Rasa macam nak ulang lagi setiap detik yang kita lalui sama-sama sekali lagi. I love you, Isa Khan," tulisnya lagi.
A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on
Sejak kebelakangan ini, kedua-dua mereka dilihat semakin terbuka berkongsi rutin bersama dan aksi romantik di IG.
Isa, 26, dan Risteena, 30, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024