Apa Lockdown lagi? Pasti ramai yang tersentak dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu bukan?

Tambah perit, ia dilanjutkan sekali selama 14 hari lagi sehingga 28 Jun.

Namun, apakah ia memberi kesan yang sama pada sesetengah lapisan masyarakat?

Jika anda mahu saksikan apa kegiatan harian yang dilakukan individu tertentu, apa kata saksikan kolum terbaru Astro Awani, Diari Lockdown!

Inisiatif Astro Awani ini membongkar kegiatan insan tertentu dalam mengisi aktiviti harian mereka dengan pelbagai rutin menarik.

Bukan hanya memberi semangat untuk mereka menjalani PKP, malah ia memberi inspirasi kepada semua supaya terus bersemangat dengan kekal positif!

Antaranya yang menariknya termasuklah:

#1 Diari Lockdown OKU Kedai Kek!


Menerusi diari ini, anda boleh menyelusuri rutin harian Awin atau Nur Azurin Hussin yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) mengusahakan sebuah kedai kek dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.

Menyedari pengumuman PKP 3.0 disambung sehingga 28 Jun, Awin terus berusaha keras untuk mempertahankan perniagaan mereka.

Bagaimana Awin kekal positif? Anda kena saksikan sendiri!

#2 Kisah Bapa Teladan Penjual Aiskrim!

Bersedekah itu ibadah.

Sedekah kecil dengan hati yang ikhlas akan diterima Allah manakala Allah menolak sedekah yang banyak tetapi dipenuhi rasa sombong dan riak.

Lihat bagaimana, pengusaha Aiskrim Popslab Malaysia, Syefry berkongsi rezeki produknya bersama golongan kurang bernasib baik.

Malah, banyak lagi diari menarik Syefry yang anda boleh lihat.

#3 Tinggalkan Spa, Ibu Tunggal Nekad Jual Nasi Lauk Ayam Berapi?


Seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang cahaya mata termasuk seorang anak Sindrom Down perlu lebih cekal dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup.

Zetty Zainor, 27 tahun, yang menetap di Semenyih, Selangor mungkin terpaksa meninggalkan seketika urusan perniagaannya sebelum ini yang menyediakan perkhidmatan spa bergerak atau ‘mobile spa’.

Namun, itu tidak menjadi penghalang baginya yang terpaksa menghentikan perkhidmatan spa mungkin dalam satu tempoh yang lama kerana ia melibatkan aktiviti bersentuhan.

Zetty mencari alternatif lain iaitu dengan memulakan perniagaan 'Nasi Lauk Ayam Sambal Berapi' secara dalam talian.

Sedih tapi pada masa sama cukup memberi inspirasi bukan?

Itu hanyalah sebahagian daripada diari yang ditampilkan menerusi Diari Lockdown.

Banyak lagi kisah menarik daripada individu cukup luar biasa.

Antaranya termasuklah kisah abang Chick yang menguruskan jenazah, peniaga Rojak & Cendol Shah Alam Seksyen 24, penyambung legasi restoran Yok Mampir, gelagat cikgu yang meminati komik dan banyak lagi!

Anda boleh Ikuti kisah serta perkongsian hebat ini sehingga Jun 28, 2021 di, Diari Lockdown.