Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kisah Peribadi Penyumbang Utama Di Matamu Popular? Ini Penjelasan Sufian Suhaimi

Hanafis Haris
25/04/2019 11:43 MYT
Penyanyi Sufian Suhami menafikan dakwaan mengatakan kisah peribadinya sebelum ini menjadi penyumbang utama lagu Di Matamu melonjak hingga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.
 
Menurut Sufian, sambutan terhadap single itu sebaliknya lebih dibantu oleh cerita di sebalik lagu itu sendiri.
 
“Kita ada banyak lagu balada yang sedih, namun kita tak boleh nak jangka ia diterima atau tidak sebab kadang-kadang ia berlaku secara semula jadi.
 
"Apa yang saya nampak kekuatan pada Di Matamu ini lebih kepada cerita di sebalik lagu itu sendiri.

"Ia juga dibantu dengan gabungan lirik, melodi dan susunan muzik yang indah. Semua faktor ini menjadikan lagu Di Matamu ini diterima ramai dan membawa saya ke tahap ini," katanya.
 
Jelas Sufian lagi, dia tidak kisah jika masih ada pihak yang menganggap dia masih hidup dalam kenangan lalu dan mengaitkan lagu itu dengan memori pahit.
 
“Saya faham apabila ada yang cakap saya tak ‘move on’ dengan kehidupan peribadi tambah lagi apabila ada elemen helikopter di dalam muzik video Mencuba.
 
“Itu hanya pada satu babak dan bukannya keseluruhan cerita. Kalau lihat menyeluruh, mungkin orang akan faham dan boleh buang stigma masyarakat,” katanya.

Sufian ditemui pada majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Record dan pelancaran lagu Mencuba di Restoran Majapahit di Kuala Lumpur, hari ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS . Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini. Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . ? : @encikdanny ? : @firzhafizsabrand . #sufiansuhaimi #dimatamu #malaysiabookofrecords @ariesmusicpro @sirkhandanial @ibnu_rinkarnaen @malaysiabookofrecords

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

 
Lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu mencatat 56 juta tontonan di YouTube dan turut memecahkan rekod Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci dengan jumlah 43 juta tontonan.
.
 
#Elfira Loy #Sufian Suhaimi #Dimata Mu