Terkini

“Kita Berkongsi Tu Sebab Kita Nak Bagi Ilmu Kepada Semua” - Siti Nurhaliza

gempak
Izwan Isa
10/03/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Kita Berkongsi Tu Sebab Kita Nak Bagi Ilmu Kepada Semua” - Siti Nurhaliza
Penyanyi tersohor negara menyifatkan setiap hantarannya di Instagram adalah sebagai satu cara baginya untuk perkongsian ilmu.
Tidak tertakluk dengan mana-mana topik mahupun subjek, menurut Siti, perkongsiannya mungkin diterima dan ditafsir dengan pemahaman berbeza sehingga menimbulkan spekulasi atau tanggapan yang kurang enak didengar.
“Sebenarnya kadang-kadang kita berkongsi tu sebab kita nak bagi ilmu kepada semua. Dan kadang-kala hari Jumaat memang saya kongsi perkongsian, bukan saja ilmu tentang rezeki, tentang adab.
“Bila tentang rumah tangga, orang nak kaitkan dengan saya. Sebab tulah saya pun cepat-cepat delete. Orang banyak bercakap pun tak bagus kan?” katanya kepada Gempak.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan Yayasan Nurjiwa pada Sabtu.
Menurut Siti, suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa ada menegur dan memadamkan hantaran tersebut kerana enggan memanjangkan cerita.
“Lepas post tu saya macam… alamak. Suami juga ada tanya apa yang saya post itu. Tapi benda ini adalah ilmu yang kita kena kongsi. Kadang-kadang orang tak tahu peranan suami dan isteri,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: #Throwback2000: 7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sahmura, Album Tempatan Pertama Dilancarkan Pada…

BERITA TRENDING: “Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024