Berita
"Kita Bertarung Nyawa, Senang-Senang Je Orang Nak ..." - Nina Iskandar Bengang Orang Vaping Dekat Anak
Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang mengambil ringan dengan kesan asap rokok dan vape terhadap kesihatan bayi.
Malah, Nina juga berang dengan tindakan individu yang sewenang-wenangnya menghisap rokok dan vape berdekatan anaknya.
"Kita yang mengandungkan dia sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan dia, senang-senang je orang sekeliling nak dedahkan dia dengan asap rokok dan vape.
"Tidakkah mereka tahu perkara itu membahayakan kesihatan bayi?" luahnya menerusi Instagram Stories baru-baru ini.
Biarpun vape dikatakan lebih baik berbanding merokok, ia tetap kata Nina membahayakan kesihatan pengguna dan individu sekeliling.
"Vape konon-kononnya lebih baik daripada merokok, tolonglah berilmu sedikit. Sedari bahawa ia tetap membahayakan kesihatan.
"Ini adalah salah satu contoh mengambil lewa, nanti apabila bayi terkena asthma atau perkara lebih buruk baru menyesal.
"Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati!" tambah Nina.
Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin