Berita

“Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
28/12/2018
01:18 MYT
Sponsor Banner
“Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital
Ahli kumpulan Elite, Linda Rafar meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan yang diterima dari seorang jururawat yang bertugas di hospital ibunya dirawat.
Menurut Linda jururawat itu bersikap kurang ajar kepadanya selepas diminta untuk menukarkan cadar di katil ibunya yang terkena najis.
Lebih mengecewakan lagi, jururawat itu hanya mengendahkan permintaannya sehingga cadar tersebut dibiarkan kotor sehingga berjam-jam lamanya.
Linda berkongsi perkara tersebut di Instagram (IG) Story miliknya.
Menurutnya jika ikutkan hati dan perasaannya dia mahu menularkan wajah jururawat tersebut, namun tidak berbuat demikian kerana masih boleh bersabar.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana ada jururawat lain yang sudi membantu setelah lebih 10 jam cadar tersebut dibiarkan kotor.
Ibu Linda, Rasimah Abd Rahman, 73, dimasukan ke hospital minggu lalu selepas sebelah tanggannya terkena jangkitan dan telah dipotong.
Difahamkan tangan ibu Linda dipotong akibat terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024