“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim
28/08/2024 01:55 MYT
Aktor Norman Hakim menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.
Syukur Aturan Tuhan
Menurut Norman, dia meluahkan rasa syukur dengan setiap aturan yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa biarpun berdepan pelbagai ujian.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan aturan Allah bagi pada saya dan keluarga.
“Whatever coming in to your life is out of your control tetapi bagaimana kita berhadapan dan mengawal keadaan itu adalah kawalan anda sebenarnya.
“Sekiranya kita anggap ia musibah dan ia akan terjadi musibah. Pada saya ia ibarat pusingan kehidupan yang perlu kita lalui,” ujarnya kepada Gempak.
Diuji Tanda Allah Sayang
Dalam pada itu, bekas suami kepada pelakon Abby Abadi itu berkata setiap orang perlu kekal positif malah yakin dengan apa yang dilalui dalam hidup.
“Ada kata-kata mengatakan kalau kita diuji adalah sebab Allah sayang. Saya selalu kata begitu pada diri saya.
“Pada saya, kita yakin setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan adalah dalam kawalan kita.
“Apapun persepsi di luar sana, bagi saya itu adalah perkara yang berlaku di alam maya dan apa yang berlaku di depan mata itu kita kena bagi keutamaan,” kongsinya.
Terdahulu, anak perempuan Norman bersama Abby iaitu Marissa Dania dan suami, Ahmad Aslam menjadi perhatian apabila kehilangan anak sulung selepas dikatakan lahir secara pramatang.
Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis.
Nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.