Penyanyi Naim Daniel menyedari peranan media sosial yang mampu menjadi platform menyampai perkara baik.

Justeru, penyanyi lagu Sumpah ini melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang selebriti dalam berkongsi informasi dan kebaikan kepada para pengikutnya.

"Zaman sekarang, kita mudah dapat maklumat hanya di hujung jari, sebagai selebriti, kita kena jalankan tanggungjawab kepada followers untuk sampaikan apa yang mereka perlu tahu.

"Kita juga harus memastikan apa yang disampaikan itu adalah perkara baik, buatlah kebaikan dengan cara tersendiri," katanya baru-baru ini.

Oleh itu, Naim berharap agar rakan-rakan industri dapat berbuat demikian terutamanya ketika detik sukar pandemik ini.

"Saya harap, kawan-kawan industri gunakan platform media sosial untuk sampaikan perkara murni.

"Sekarang, ramai dah orang hilang kerja, hilang nyawa ketika detik sukar ini, jadi baiklah kita sama-sama berkongsi perkara positif," katanya lagi.

Naim merupakan salah seorang selebriti yang sering berkongsi pelbagai isu, pendapat dan mesej di akaun Twitter miliknya.

Baru-baru ini, Naim menyuarakan pendapat terhadap golongan anti-vaksin Covid-19 yang mahukan kelebihan seperti mereka yang telah menerima dua dos lengkap.

BACA: "Kenapa Nak Tolak Ikhtiar?" - Naim Daniel Terkilan Golongan Tolak Vaksin, Tapi Mahu Kelebihan Seperti...