Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kita Kena Scam Dengan Raya Woi,” - Hura-Hara Tapi Lucu, Ada Yang Tak Sempat Beli Lauk, Kemas Rumah

Mya Amri
01/05/2022 13:59 MYT

Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa umat Islam akan menyambut raya pada esok, 2 Mei 2020, ternyata satu Malaysia tidak menjangkakan hal tersebut.

Ini kerana rata-ratanya yakin bahawa hari raya akan jatuh pada Selasa, 3 Mei 2020.

Disebabkan itu juga, ramai yang menjadi kelam kabut kerana belum membuat persediaan raya termasuklah membeli barangan mentah, mengemas rumah dan juga pulang ke kampung halaman.

Malah tanda pagar 2nd May, Selamat Hari Raya dan Eid Mubarak juga menjadi trending di laman Twitter.

Namun jangan kuatir kerana rata-rata netizen yang memberikan ciapan semuanya positif dan lucu.

Paling lucu, ada juga yang bergurau bahawa rakyat Malaysia dah kena scam dengan hari raya. Ada-ada sahaja idea kreatif netizen ni ya?

Di sini kami kongsikan tweet-tweet lucu netizen.

Terdahulu, pengumuman raya telah dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 3 April lalu.

#Netizen #Raya 2022