Hiburan

"Kita Memahami Susu & Diapers Sangat Penting Sejak Ada Anak" - Anzalna Mahu Hulur Bantuan

gempak
Badrul Hashim
01/04/2020
00:00 MYT
Sponsor Banner
"Kita Memahami Susu & Diapers Sangat Penting Sejak Ada Anak" - Anzalna Mahu Hulur Bantuan
Sebenarnya ada segelintir artis dan selebriti seperti kecoh tak menentu. Kalau tak berkemampuan, diam dan buatlah permohonan seperti orang lain. Kalau berkemampuan, hulurkanlah bantuan kepada yang memerlukan.
Jangan peduli dengan segelintir netizen yang sibuk untuk menjadi pengadil sama ada golongan artis ini riak atau tidak. Kalau ada lebih, tak salah membantu dan pedulikan apa kata orang lain kerana kita lebih kenal diri kita siapa.
Antara contoh terbaik adalah pelakon jelita Anzalna Nasir yang ingin menghulurkan bantuan perbelanjaan susu dan lampin pakai buang kepada yang memerlukan.
"Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.
"Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan. Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you!" tulis Anzalna pada satu entri di Instagram miliknya.
Jadi, jika anda memerlukan bantuan atau jika anda tahu ada sesiapa yang memerlukan bantuan susu serta lampin pakai buang untuk anak-anak mereka, segeralah hubungi Anzalna.
Melalui tanda pagar yang diletakkan, Anzalna turut menulis 'Kita Memahami Susu Dan Diapers Sangat Penting Sejak Ada Anak'.
Semoga Anzalna dan keluarga terus dimurahkan rezeki untuk membantu insan-insan yang memerlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024