"Kita Nak Jernihkan Keadaan, Bukan Nak Burukkan..." - Dato' Fizz Fairuz Tak Terima Permohonan Maaf Makcik Puaka Di Instagram

Badrul Hashim
April 13, 2019 14:28 MYT
Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin tidak menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh empunya Instagram yang membuat fitnah kepada dirinya.
Instagram @makcik_puaka membuat permohonan maaf kepada Dato Fizz melalui InstaStory mereka tetapi tidak diterima oleh Fizz.
"Kita nak jernihkan keadaan, bukan burukkan keadaan. Hope dapat kerjasama untuk press conference nanti," tulis Fizz pada satu entri di Instagramnya.
Pada satu entri lainnya, Fizz meminta supaya jangan sesekali mengambil mudah atas sesuatu perkara kerana mungkin akan memakan diri sendiri. Dia meminta supaya supaya menghormati apa yang telah diatur untuk kedua-dua belah pihak.
Menurut laporan mStar pula, dia sudah mengenal pasti individu tersebut dan mahu pihak yang terlibat hadir serta meminta maaf pada sidang media yang akan diadakan.
Menurut Fizz lagi, jika pihak tersebut tidak hadir, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak beliau.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Pelakon #Dato' Fizz Fairuz