Pelakon Oktovia Manrose akui berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu penggambaran telefilem Tuan Petri Sa’adong.

Menurut Oktovia, antara cabaran yang dilalui adalah dari segi bahasa dan juga gangguan namun tidak serius.

“Antara cabarannya mula-mula sekali saya ni tak kecek Kelate, tapi saya usahalah demi telefilem ini.

“Lagipun memang ada jurubahasa yang akan pantau percakapan kami.

“Yang keduanya adalah kostum selama dua bulan dengan cuaca yang panas tapi tak mengapa asakan hasilnya memuaskan.

“Lagi satu nak kata diganggu teruk itu tiada cuma adalah yang kena kacau sedikit, siap bersilat. Namun tidak berpanjangan,” katanya ketika ditemui Gempak.

Selain Oktovia, pelakon hebat Pekin Ibrahim memegang watak sebagai Raja Abdullah.

Barisan pelakon lain yang turut terlibat adalah Mustafa Kamal, Sasqia Dahuri, Danny XFactor, Bea Rameshan, Afiq Muiz dan ramai lagi.

Saksikan Tuan Petri Sa’adong pada Sabtu dan Ahad ini, jam 9:00 malam di ASTRO CITRA HD (saluran 108) dan CITRA (saluran 128).