"Kita Perlu Jumpa Orang Yang Betul Untuk Keluar Dari Masalah Kemurungan Ini" - Tasha Shilla Kongsi Tips Atasi Depresi

Rozaimi Zubaidi
November 8, 2018 04:55 MYT
Pelakon Tasha Shilla sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia pernah mengalami masalah depresi selama dua tahun.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tasha berkongsi beberapa tips yang dapat digunakan oleh orang ramai untuk mengesan tahap tekanan yang dialami oleh mereka.
"Since ramai yang DM dan bertanyakan pada Tasha mengenai Depression (Kemurungan) macam mana kita nak tahu kita mengalaminya.
"Ini tasha share info. Nasihat Tasha kita perlu jumpa orang yang betul untuk kita keluar dari masalah kemurungan ini.
"Inshallah, semuanya akan baik-baik. Sebarang pertanyaan anda semua boleh contact @coachmuhammadfahmi.
"Siapa nak ubah hidup kita kalau bukan diri kita sendiri," tulisnya.
Rata-rata berterima kasih kepada Tasha diatas perkongsian yang dilakukan olehnya dan berharap agar dia dapat menjalani hidup dengan sihat serta bijak mengawal tekanan masalah yang dihadapi.
Sebelum ini, beberapa selebriti popular antaranya Haqiem Rusli, Daiyan Trisha dan Elizabeth Tan mendedahkan pernah mengalami depresi.
#pelakon #Tasha Shilla #Pelakon