Laman Utama
“Kita Tak Jual, Tapi Akan Charge Untuk…” - Syada Amzah Ada sebab ‘Hold’ Bagi Kucing Dekat Tuan Baharu
Dalam proses nak pindah keluar dari banglo kediaman keluarga, penyanyi Syada Amzah memberitahu dia memerlukan masa untuk memberi terus kucing perliharaannya kepada pemilik baharu.
Syada menerusi perkongsian di Instastory berkata dia perlu menguruskan kucing dari segi perubatan dan dandanan sebelum diberikan kepada tuan baharu.
Tiada pembayaran untuk mengambil kucing tersebut namun Syada mengenakan bayaran RM30 untuk tempat letak baharu sahaja.
“Anak-anak bulu kami kenapa kita tak terus bagi sebab nak selesaikan perubatan dan grooming dulu, kemudian baru kita beri kepada orang. Kita tak jual, sebab makhluk bernyawa.
“Tapi kita akan charge untuk carrier dia RM30… kita belikan yang baru untuk korang bawa balik nanti,” kata Syada.
Pada perkongsian lain, Syada berterima kasih kepada semua yang menghantar mesej peribadi kepadanya bertanyakan mengenai haiwan kesayanganya itu.
“Terima kasih semua yang DM tanya perihal kucing, masih tengah susun nama kucing dan ibu bapa angkat baru. Nanti kita akan reply lagi tau. Bawa bersabar semua,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Syada memaklumkan dia sedang sibuk berpindah keluar dari banglo itu sejak beberapa minggu lalu dan membuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjaga kucing-kucing peliharaannya.
Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini juga menafikan dakwaan dia mempunyai 50 ekor kucing seperti yang viral sebelum ini.
Must-Watch Video