Berita
"Kita Tak Layan, Dia Hantar Gambar ..." - Nad Zainal Dedah Dirinya Kena Gangguan Seksual
Pelakon Nad Zainal mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual daripada individu yang tidak dikenali di Instagram miliknya.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30, berkata, individu berkenaan tidak henti-henti menghantar mesej berbaur lucah termasuklah berkongsi gambar kemaluan.
"Banyak kali sangat dia hantar mesej. Kita tak layan dia hantar gambar private part (kemaluan). Ini segelintir mesej lucah yang ada di inbox.
"Okay nak sekat dia dah..tetapi guys, tolong lapor ya, saya sedang kosongkan inbox saya kerana nak fokus nak lancarkan produk baru, tiba-tiba perasan mahkluk ni tak putus-putus asa," tulisnya menerusi satu entri di ruangan Instagram Story miliknya.
Nad turut berkongsi paparan mesej DM (mesej peribadi) yang diterimanya daripada individu tersebut.
Dalam pada itu, katanya, dia menyeru orang ramai untuk sama-sama membuat aduan mengenai salah laku pengguna akaun Instagram tersebut.
"Tolonglah report akaun mamat ni, dari negara mana tak pasti. Tapi rasanya untuk sesiapa sahaja, tak elok bila DM wanita macam ni.
"Rimas dan berbahaya. Ini semua punca-punca kepada kes rogol, kes scam," luahnya.