Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman tampil memberi kenyataan berhubung masalah yang berlaku dalam keluarganya.

Malah Fauziah menerusi hantaran di Instagram seakan-akan memerli menantunya iaitu pempengaruh Ubai yang juga didakwa menumpang kehidupan mewah Shila selepas berkahwin.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah emak tatang bagaikan anak sendiri - terima kasih melayan emak begini. Untuk 'orang luar’ yang baru memiliki NURSHAHILA - terima kasih membuat kesimputan yang hanya memenangkan di kalian.

“Kita tiada beza… awak juga cuci kaki masuk rumah,” kata Fauziah.

Bagaimanapun hantaran yang dimuat naik itu telah dipadam selepas beberapa minit kemudian.

Terdahulu, Ubai menerusi temu bual eksklusif bersama Gempak menyifatkan tindakan adik iparnya iaitu Shafiq yang ‘menyerang’ isterinya di platform media sosial sudah melampau batas.

Ubai turut mendedahkan sikap Shafiq yang biadap dengan melibatkan arwah ibunya juga merupakan antara faktor dia mendedahkan perkara sebenar yang berlaku dalam kehidupan Shila.

BACA SINI: Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”