Laman Utama

Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”

gempak
Mya Amri
12/10/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”
Pempengaruh, Ubai menyifatkan tindakan adik iparnya iaitu Shafiq yang ‘menyerang’ isterinya, Shila Amzah di platform media sosial sudah melampau batas.
Menurut Ubai, kenyataan yang diberikan oleh adik iparnya itu berbaur fitnah.
“Ada satu akaun TikTok menggunakan nama Muhammad Benjamin iaitu adik Shila, Shafiq. Saya pun tak tahu mana dapat nama Benjamin tu.
“Dia membuat hantaran menerusi ruangan story di TikTok yang mengatakan dia akan mendedahkan siapakah Shila Amzah sebenar.
“Selepas itu dia melakukan siaran langsung dan mengatakan Shila tak sedar di untung, berjaya pun sebab mak ayah.
“Bagi saya dia sudah over limit dan menaburkan fitnah. Kemudian saya masuk ke siasan langsung berkenaan untuk menegurnya namun saya kena mute.
“Tidak lama kemudian Shila juga masuk siaran langsung itu namun dia juga telah di mute. Bekas adik ipar Shila juga masuk dan dia pun turut kena mute.
“Bila semua dah kena mute dia masih lagi berterusan menceritakan perkara yang tidak benar,” kata Ubai ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Ubai menjelaskan sikap Shafiq yang biadap dengan melibatkan arwah ibunya juga merupakan antara faktor dia mendedahkan perkara sebenar yang berlaku dalam kehidupan Shila.
“Satu benda yang saya ingat sampai sekarang dia cakap adalah Ubai kau ajar sikit bini kau, mari sini aku ajar kau macam mana nak jadi suami. Kau pun mak dah meninggalkan.
“Saya rasa ini dah melebih lebih, saya fikir saya nak tutup mulut dia tak boleh pada ketika itu. Jadi saya cakap pada isteri yang adiknya itu sudah keterlaluan.
“Sudah tiba masanya untuk saya mengeluarkan kenyataan kerana isteri saya sudah hadap benda ini lama.
“Jadi saya tulis satu nota di platform X. Itulah kebenarannya. Pada asalnya hanya berpunca dari rumah sahaja.
“Kemudian adik perempuannya itu yang tiba-tiba cakap dihalau, nak cari rumah sewa. Sudahnya jadi begini,” jelasnya.
BACA: “Jangan Jadikan Ramai Lagi Mangsa Kau” - Bekas Adik Ipar Shila Amzah Kongsi Bukti Kena Pukul Dengan Shafiq
BACA: Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Adik Shila Amzah - “Dengan Anak Pun Nafkah Kau Culas!”
BACA: Pernah Dilempang Adik Sendiri, Shila Amzah Dah Sampai Limit...
Terdahulu, menerusi laporan media, Shafiq mendakwa Shila sebagai individu yang bersikap pura-pura selain pernah berlaku biadap dengan ibunya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live