Berita
“Kita Tidak Tahu Bila...”- Alif Satar Tulis Wasiat
Pelakon Alif Satar akui sudah menulis wasiat serta membuat pembahagian harta untuk ditinggalkan kepada ahli keluarganya.
Menurut Alif ia penting untuk dilakukan sebelum dia meninggal dunia.
“Saya rasa wasiat ni perlu ada kesedaran kepada semua kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi buat selamanya.
“Orang semua cakap nak buat simpanan, tapi kita harus memiliki wasiat. Saya tidak berapa pandai bab ini, tapi kita patut tahu.
“Saya tahu topik ini banyak memberi kesedaran kepada semua mengenai apa yang berlaku kebelakangan ini.
“Berat dia sama seperti memiliki insuran juga. Saya memang sudah merancang wasiat sejak menimang anak pertama dulu,” katanya.
Alif ditemui selepas pelancaran drama Family Spy kelmarin.
Sementara itu, mengulas mengenai drama terbaharunya Family Spy, Alif berkata ia naskah yang menarik buat tontonan kanak-kanak terutama anak-anaknya.
“Saya teruja dan seronok berlakon dalam drama ini kerana rasanya dah lama saya tak berakon dalam drama untuk keluarga dan kanak-kanak begini.
“Malah ia dekat dengan saya kerana dalam drama ni juga saya ada anak yang suka bermain gajet.
“Jadi saya pasti anak saya akan suka melihat lakonan saya nanti kerana sebelum ini dia kurang faham bila saya berlakon dalam drama lain,” katanya lagi.
Selain Alif, drama rantaian itu turut menampilkan Rozita Che Wan, Airiezara Jasmin, Nynas Harizal, Sham Visa dan Charis Ow. Ia bakal disiarkan di Astro Ceria pada 11 Mac ini.
Alif mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.
Terdahulu, Alif dan Shadila telah berkahwin pada 15 September 2014.