Pelakon popular, Natasha Hudson meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang membuat spekulasi negatif mengenai punca kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Indonesia beberapa hari lalu.

Kenyataan tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Natasha, orang ramai harus mendoakan kebaikan untuk mereka yang terlibat dengan bencana tersebut dan bukan membuat andaian buruk terhadap mereka.

"Semuanya sudah tertulis, kita tiada hak untuk menyuarakan punca bencana yang berlaku di sana (Indonesia).

"Kita tuhan ke? Sudah tentu tidak, jadi lebih kita diam-diam saja.

"Jangan menilai orang umpama kita membuat kerja tuhan," tulisnya.

Segelintir pihak telah mendakwa kejadian buruk yang berlaku di Indonesia itu berpunca dari aktiviti maksiat yang berleluasa.



Selain Natasha, penyanyi rap Caprice turut menentang spekulasi negatif itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.