Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

KJ Beri Bayangan Akan Kembali Ke Dunia Politik - “Hanya ‘Singgah’ Sekejap Sahaja Di Dunia Baru Ini”

Mya Amri
12/10/2024 07:55 MYT
Ahli politik dan juga penyampai radio, Khairy Jamaluddin yang lebih mesra disapa KJ meluahkan rasa syukur selepas memenangi trofi Penyampai Radio Paling Popular pada Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

Banyak belajar di 'dunia baru'

Kj atau nama sebenarnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sehingga berjaya meraih trofi kemenangan itu.

"Alhamdulillah atas kemenangan ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi.

"Ini (penyiaran radio) bukanlah dunia saya, saya datang dari dunia yang lain tetapi dalam masa setahun.

“Saya dah boleh belajar banyak benda dalam dunia baharu ini bersama dengan rakan-rakan yang banyak membantu,” ujarnya.

KJ berkata demikian ketika ditemui di sidang media ABPBH 36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.


Mahu kembali ke dunia politik

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang penyiaran radio, bekas Ahli Parlimen Rembau ini berasa begitu gembira dan menganggap percubaannya itu tidak sia-sia sehingga sehingga berjaya memenangi trofi.

Bagaimanapun, KJ memaklumkan bahawa perjalanannya sebagai seorang penyampai radio mungkin tidak akan kekal lama dan merancang mahu kembali ke kancah politik satu hari nanti.

"Tak sia-sia saya melangkah masuk dalam dunia penyiaran radio ini sebab nampak okay, siap menang anugerah.

"Cuma, saya rasa hanya 'singgah' sekejap saja di dunia baharu ini.

"Mungkin saya akan kembali ke alam semula jadi saya pada waktu yang sesuai tetapi bila waktunya itu, saya tak tahu. Saya seronok dengan apa yang saya buat ketika ini,” katanya.

Untuk info, KJ berjaya meraih undian tertinggi dan menewaskan empat lagi calon lain bagi kategori Penyampai Radio Paling Popular iaitu Dj Sonic, Haiza, Tyzo dan Sharifah Shahirah.

ARTIKEL BERKAITAN:27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

ARTIKEL BERKAITAN:Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Raih Trofi Anugerah Bintang Paling Popular 36, Terima Lebih 8 Juta Undian

#Khairy Jamaluddin #KJ #ABPBH36
;