KJ Jatuh Basikal, JKR Langat Mohon Maaf - “Akan Ambil Tindakan Segera”

Mya Amri
Disember 28, 2020 01:46 MYT
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inivasi, Khairy Jamaluddin (KJ) susulan kemalangan yang menimpa beliau ketika melakukan aktiviti berbasikal semalam.
JKR Kuala Langat menyatakan permohonan maaf menerusi posting di Twitter KJ.
Posting itu juga memaklumkan Menteri Kerja Raya akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan selain mereka turut mendoakan Ahli Parlimen Rembau itu kembali sihat.
“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh,” - @JkrKualaLangat
BACA: KJ Jatuh Basikal, Alami Kecederaan Ringan
Terdahulu, KK dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh dari basikal akibat terlanggar lubang dipermukaan jalan ketika melakukan aktiviti berbasikal.
#Mohon Maaf #Khairy Jamaluddin #KJ #JKR Kuala Langat