KJ berkongsi perkara itu menerusi kemas kini di akaun Twitter miliknya sebentar tadi.
Dalam perkongsian tersebut, KJ menunjukkan keadaan wajahnya yang mengalami cedera ringan serta beberapa foto lokasi kejadian.
"Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving," tulisnya ringkas.
Ekoran itu, Setiausaha Akhbar bagi menteri tersebut, R. Syahrir Bakar tampil memaklumkan keadaan KJ tidak mengalami sebarang masalah yang serius.
"Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius.
"Thank you everyone for reaching out, @khairykj is fine. A little bruised up but all is good," tulisnya.
Meninjau ruangan balas perkongsian itu, ramai netizen mendoakan kesembuhan segera buat KJ.
Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving. https://t.co/BjZHuo4cvP pic.twitter.com/WZJJn1q8X0
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) December 27, 2020
Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius.
— R. Syahrir Bakar (@bobby_bakar) December 27, 2020
Thank you everyone for reaching out. @khairykj is fine. A little bruised up but all is good.
