Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

Mya Amri
11/10/2024 15:40 MYT
Menepati ramalan netizen, ahli politik dan penyampai radio, Khairy Jamaluddin berjaya meraih anugerah Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36).

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ melahirkan rasa syukur atas kemenangannya.

Malah KJ juga turut meluahkan mengenai pintu rezeki yang dipercayai merujuk kepada kerjaya baharunya sebagai penyampai radio.

“Nasib baik menang. Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup Allah akan buka pintu rezeki baharu.

“Alhamdulillah, do your best Allah will do the rest (buat yang terbaik, Allah akan bagi yang paling baik),” katanya.


Dalam masa sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang bertungkus-lumus sehingga mendorong kemenangannya.

“Terima kasih kepada keluarga Hot FM iaitu Fara Fauzana, Johan dan AG.

“Saya juga cuma nak berterima kasih kepada pengundi,” ujarnya.

Khairy berjaya menewaskan empat pesaing iaitu DJ Sonic, Haiza, Sharifah Shahirah dan Tyzo.

BERITA TRENDING: Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”


BERITA TRENDING: Pertama Kali Hadir Ke Anugerah Temani Ibu, Anak-Anak Harap Rita Rudaini Menang! - “Memang Saya Yang Tawarkan…”

BERITA TRENDING: Sandra Dewi Tak Rela 88 Beg Dari LV Sampai Hermes & Jongkong Emas, 141 Disita Kerana Suami

BERITA TRENDING: Lagi Sekali Buat Kejutan, Aina Abdul Hadir Ke Karpet Merah ABPBH36 Dengan Bas Bersama Peminat - “Lambang Kepada…”

#ABPBH #Radio #Penyampai #Anugerah #Popular #Khairy #Jamaluddin
;