KKM Saran Rakyat Ambil Dos Penggalak, Rita Rudaini Dah Sedia Untuk Dikecam; “Konfirm Nama Diseru…”
Pernah dilabel sebagai seorang ‘antivaksin’ beberapa tahun lalu, pelakon Rita Rudaini mengakui sudah bersedia untuk digelar dengan panggilan itu sekali lagi.
Kata Rita, netizen pasti akan ‘menyerang’ dan mengecam dirinya susulan kenyataan terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyarankan rakyat Malaysia untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.
“Yang dah ke berapa ya ini? Maaf lah saya tak tahu. Dah mula balik ‘air penawar’ (vaksin) COVID.
“Habislah nama saya kena kecam balik. Konfirm nama saya diseru macam dua tahun lepas sebagai ratu ‘antivaksin’.
“Korang dah sedia? Atau kalian follow belakang saya rapat-rapat?” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada Khamis.
Menganggap zaman untuk dirinya memperjuangkan hak bersuara sudah tamat, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata kini merupakan zaman bagi mereka yang sudah divaksin untuk ‘bertarung’ agar tidak divaksinasi sekali lagi.
“Zaman saya berjuang dah tamat, sekarang zaman saya jadi penonton tengok mereka yang dah vaksin bertarung untuk tidak di vaksin lagi,” tambahnya.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan rakyat Malaysia mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 susulan perkembangan wabak itu yang kembali mengganas di China.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah sebagai langkah siap siaga awal susulan perkembangan kes COVID-19 di China.
Imbas kembali, nama Rita pernah menjadi bualan wargamaya gara-gara tindakannya mengeluarkan beberapa pendapat mengenai pengambilan dos vaksin COVID-19. Malah dia turut berpendapat golongan warga emas tidak patut dipaksa mengambil suntikan vaksin tersebut.
BACA: “Pakat Ketqa Bi*ik Ketaq Pe*aq Dengan Aku Tak Ambil Vaksin Pasai Apa?” - Rita Rudaini
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.