Laman Utama
"Pakat Ketaq Bi*i Ketaq Pe**aq Dengan Aku Yang Tak Vaksin Ni Pasai Apa?" - Rita Rudaini
Kerap mencuri perhatian sepanjang tempoh lockdown, pelakon Rita Rudaini hairan apabila ramai yang 'panas hati' dengan setiap tindak-tanduknya.
Meluahkan perkara itu di Instagram Stories, kata Rita, 45, apa sahaja yang dilakukannya sering tidak kena di mata ramai.
"Aku kat umah jaa…semua kan di hujung jari sekarang ni..shop online ja. Pakat dok panaih aku tak vaksin. Aku pun tak faham depa ni sebenaqnya panaih pasal apa.
Advertisement
"Aku post benda kat IG takdak kena mengena dengan hidup tok nenek hampa pun hampa hangat.
"Heran..pelik sungguh perangai segelintir orang selepas vaksin ni. Jadi pendengki, 24 jam hari-hari mengeji mengutuk orang tak vaksin, hati busuk, mengata mengumpat makanan hari-hari, sakit hati tengok life orang..Awat dok jadi lagu tu?" soalnya.
Malah kata Rita lagi, ramai yang menganggap dirinya 'meroyan' setiap kali mengemaskini hantaran di media sosial.
"Bila kita cakap apa-apa, up apa-apa kata kita meroyan. Yang hangpa hari-hari dok mengeji orang tak vaksin dok panggil orang antivacc kat fb/ig tu bukan meroyan? Ooo tu zikir kan?" tambahnya.
Selain itu, Rita akui namanya kerap menjadi sebutan dalam kalangan pemain industri sendiri saban waktu.
"Pakat ketaq bi*i ketaq pe**aq dengan aku yang tak vacc ni pasai apa? Hari-hari depa nie dok ‘zikir’ pasal aku… Dengaq cerita dari orang production kat set pun hari-hari dok ‘zikir pasal aku.
"Hebatnya insan yang bernama RITA RUDAINI ni..Setiap hari orang keji dia.. Syukur alhamdulillah…’zikir’ lagi dan lagi dan lagi dan lagi please.
"Aku hari-hari dok rumah dok minum kopi ja pon. Pakat ketaq la bi**k2, pe**aq semua dengan aku ni," ujar Rita lagi.
Rita antara selebriti tempatan yang masih belum mengambil suntikan vaksin COVID-19 dan baru-baru ini namanya kembali diperkatakan apabila mendedahkan dirinya digugurkan daripada penggambaran sebuah produksi.
Hal itu kerana produksi drama terbabit mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Must-Watch Video