Penantian selama 32 tahun untuk ke pusingan akhir tidak berakhir dengan sia-sia apabila Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 kejohanan itu sebentar tadi.

Disifatkan sebagai ‘underdog’ di pentas final, pasukan kendalian Bojan Hodak itu menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

Untuk berita lanjut sila layari Astro Awani.