Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ko Dah Habiskan Duit Nak Tunjuk Straight Tapi Anak Pula OKU" - Netizen Mulut Lahar, Dr Say Terkilan!

Amri Hassan
01/11/2021 00:55 MYT
Doktor selebriti, Dr Say Shazril terkilan dengan kata-kata pengguna media sosial yang menulis komen melampau mendakwa dirinya berhabis wang ringgit demi membuktikan dirinya lelaki sejati.

Lebih mengecewakan, anak sulungnya, Ace, dilabelkan sebagai anak OKU ekoran daripada perkongsian Dr Say mengenai gangguan perkembangan neuro atau autisme anaknya sebelum ini.

"Kau cakap menyesal tu sebab senang cerita jer, kau tu gay yang berpura-pura minat kat perempuan. Bila tengok anak jadi macam tu, terus kau rasa nyesal sebab kau dah habiskan duit semata-mata nak tunjuk straight tapi anak pula OKU. Bodoh amat... gi sayang anak kau lah tanpa syarat," tulis individu berkenaan.

Justeru, Dr Say merayu kepada pengguna media sosial agar membaca isi kandungan bahan yang diterbitkan di platform berita agar tidak melulu membuat kesimpulan yang tidak munasabah.



"Saya okey ja nak tuduh apa jua orientasi saya, biasa kena dah. Tapi to pick on my son terpaling kurang ajar! Tak baca full cerpen dan buat assumption.

"Tak tahu pula selama ini straight guys perabih duit just to be straight, aduhai content perbincangan kau.

"Tak apalah, I maafkan you dan I tak merniat untuk mengambil tindakan atas dakwaan fitnah you tapi I harap you akan tahu situasi sebenar apabila membaca artikel penuh sebelum membuat status sebegini.

"Aku dah rujuk pakar kanak-kanak, aku tak habis duit untuk buktikan aku straight, aku tak gay dan yang paling penting aku sayang anak aku unconditionally.

"I wish you all the best in your sex addiction recovery. Jangan frust aku straight," tempelak Dr Say.

Terdahulu, Dr Say tampil berkongsi perkembangan neuro anak pertamanya, Aezriel, 2 tahun, yang disahkan menghidap mild autisme.

BACA: "Sedih, Menangis, Menyesal ..." - Dr Say Terdiam & Terduduk Bila Anak Disahkan Autisme


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Viral #Kontroversi #Netizen #Gay #Twitter #Autisme #ACE #Dr Say Shazril
;