"Koma 5 Hari, Peluang Hidup 50-50" - Adam Hamid Kongsi Kisah Dijangkiti Kuman Paru-Paru

Amri Hassan
Julai 10, 2018 07:57 MYT
Pelakon Adam Hamid Jarnail berkongsi kisah hidupnya yang pernah bertarung nyawa melawan jangkitan kuman dalam paru-paru setahun lalu.
Genap tarikh sama hari ini, Adam, 45, mendedahkan dia pernah dimaklumkan peluang untuk hidup amat tipis ekoran penyakit tersebut.
"Setahun yang lalu bertarikh pada hari ini, 9 Julai 2017 genap setahun saya dimasukkan ke Pusa Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
"Koma selama 5 hari... Dan mengikut kata doktor peluang untuk saya hidup hanya 50-50, tetapi Alhamdulillah Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.
"Terima kasih Allah, memberi peluang buat hambamu ini kembali bernafas untuk kali kedua, mensyukuri segala nikmat untuk menjadi insan yang lebih baik dan untuk terus sujud kepada-Mu," tulis Adam.
Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu juga berkongsi foto-fotonya sepanjang menerima rawatan tahun lalu.
Selain itu, Adam turut memohon doa buat ibunya yang kini sedang dirawat di PPUM kerana paru-paru berair.
Untuk rekod, Adam yang berasal dari Kelantan itu pernah mengarahkan drama fantasi seperti Duyung Aridinata, Sumpah Bunian dan Julia Juli Bintang Tiga.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @adamhamidjarnail
#pelakon #Sakit #Pengarah #Pelakon #Sakit #Adam Hamid #Pontianak Harum Sundal Malam