Komen Terhadap Gaun Aishwarya Rai Hanya Gurauan, Chef Wan Tak Ada Niat Hina Agama Hindu
Firdaus
28/05/2024 04:23 MYT
28/05/2024 04:23 MYT
Dek kerana komen gurauannya tentang gaun yang dipakai oleh bintang Bollywood, Aishwarya Rai di Festival Filem Cannes disalah anggap oleh ramai pihak, chef selebriti, Chef Wan memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya.
Menurut pemilik nama Redzuawan Ismail itu, dia tidak pernah berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan memohon maaf tentang komennya yang menyinggung pihak berkaitan.
"Tidak pernah saya terniat untuk bersikap perkauman atau menghina mana-mana agama! Berdosa yang ingat dan menuduh saya berbuat sedemikian sedangkan niat hati saya adalah untuk mengaitkan upacara itu kerana ia merupakan upacara popular di negara ini.
"Sejujurnya itu niat sebenar saya. Bukan untuk menghina dia dan saya tahu saya hanya bergurau untuk buat orang ketawa kerana gaun itu besar dan nampak seperti burung merak," katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan sempat menegaskan dirinya sentiasa bersikap hormat terhadap agama dan budaya mana-mana pihak."Bukan niat saya untuk jadi perkauman atau burukkan agama Hindu sebab sebagai chef televisyen saya sentiasa suka dan ada sikap hormat yang tinggi terhadap semua budaya dan agama di dunia ini.
Sekadar info, komen Chef Wan itu sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila kenyataan berkenaan dianggap bersifat perkauman dan tidak menggambarkan personaliti positif bagi seseorang yang disegani.
Sumber: Instagram
Mohon maaf, tiada niat sentuh sensitiviti
Menurut pemilik nama Redzuawan Ismail itu, dia tidak pernah berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan memohon maaf tentang komennya yang menyinggung pihak berkaitan.
"Tidak pernah saya terniat untuk bersikap perkauman atau menghina mana-mana agama! Berdosa yang ingat dan menuduh saya berbuat sedemikian sedangkan niat hati saya adalah untuk mengaitkan upacara itu kerana ia merupakan upacara popular di negara ini.
"Sejujurnya itu niat sebenar saya. Bukan untuk menghina dia dan saya tahu saya hanya bergurau untuk buat orang ketawa kerana gaun itu besar dan nampak seperti burung merak," katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan sempat menegaskan dirinya sentiasa bersikap hormat terhadap agama dan budaya mana-mana pihak.
"Bukan niat saya untuk jadi perkauman atau burukkan agama Hindu sebab sebagai chef televisyen saya sentiasa suka dan ada sikap hormat yang tinggi terhadap semua budaya dan agama di dunia ini.
"Saya mahu ambil peluang memohon maaf untuk mana-mana pihak yang merasakan seperti saya menghina agama mereka dengan komen yang ditinggalkan. Maafkan saya," tambah Chef Wan lagi.
Sekadar info, komen Chef Wan itu sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila kenyataan berkenaan dianggap bersifat perkauman dan tidak menggambarkan personaliti positif bagi seseorang yang disegani.
BERITA TRENDING: Polis Siasat Chef Wan Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Dengan Thaipusam
Komen yang diberi itu adalah reaksi kepada video Aiswarya Rai di Festival Filem Cannes yang dikongski pemilik akaun Instagram Namaste Bollywood berserta kapsyen First thought that comes to mind.Sumber: Instagram