Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kompleks PKNS, SACC Mall Shah Alam Bakal Dirobohkan Untuk Pembinaan Kondominium? Ini Reaksi Netizen

Izwan Isa
18/03/2024 04:55 MYT
Kecoh dalam kalangan netizen baru-baru ini apabila satu hantaran di platform X tular mengenai dakwaan Kompleks PKNS dan SACC Mall Shah Alam bakal dirobohkan.

Menerusi hantaran berkait, kedua-dua bangunan itu didakwa bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kediaman bertingkat jenis kondominium.



Pada hantaran itu, hanya empat lot sahaja terlibat dalam pembinaan kondominium berkenaan iaitu:
Lot 10070 : Kompleks PKNS
Lot 465: Shah Alam Convention
Center
Lot 59: SACC Mall
Lot 10069: Tempat leak kereta

Meninjau reaksi netizen, ramai menzahirkan rasa terkejut dengan berita tersebut:



Sementara itu, memetik laporan The Star tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Mahmud Abbas berkata, projek rejuvenasi Shah Alam bakal melibatkan beberapa komponen seperti apartment servis, hotel, naik taraf pusat beli belah serta SACC Walk.

Foto: Selangor Travel

BERITA TRENDING: "Baru Dapat Kebenaran MBSA" - Stadium Shah Alam Bakal Dirobohkan

BERITA TRENDING: Tular Foto Lewis Hamilton Muncul Di Stesen Petronas Ampang & KLCC, Rakyat Malaysia Jadi Tak Keruan!

#Shah Alam #Kompleks PKNS #SACC Mall
;