Kelibat jaguh Formula 1 (F1) Lewis Hamilton yang muncul di stesen minyak Petronas Ampang, Kuala Lumpur membuatkan ramai wargamaya teruja.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @aimanhxzm berkongsi foto pelumba Mercedes itu sedang menjalani penggambaran dan menjadi tular.

“Seumur hidup saya tak pernah saya bayangkan akan bertemu dengan Sir Lewis Hamilton, juara dunia 7 kali di stesen minyak Petronas di Ampang,” tulisnya.

Mengukuhkan lagi berita kunjungan jaguh tersebut ke ibu kota, beberapa wargamaya turut berkongsi video menyapa Hamilton di sekitar menara berkembar Petronas(KLCC).

Malah, lawatan Hamilton ke Malaysia tidak berseorangan sebaliknya dia turut disertai rakan gandingan baharunya dari pasukan Mercedes, George Russell.

Sementara itu menjengah ke laman sosial rasmi milik Hamilton, pelumba British berusia 37 tahun itu turut memuat naik video pendek di IG Story memaparkan mercu ikon Malaysia, KLCC.

Di laman Twitter, nama Lewis menjadi sohor kini selepas rata-rata wargamaya meninggalkan komen yang mereka teruja dan tidak percaya dengan kunjungan jaguh F1 tersebut.

Malah ada yang berharap agar terserempak dengan pelumba tersebut di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat figura itu lebih dekat dengan mata sendiri.

Bro had a race in Australia yesterday and todays hes in Malaysia,” komen seorang wargamaya.

“Haih lewis hamilton pun nak isi minyak kat Malaysia,” usik seorang wargamaya.

“Memang tak gurau dia ada dekat KL,” ujar seorang wargamaya.

“Fuhhhhhhhhhh kalau aku buat-buat isi minyak dekat sana. Aduuuhhh kenapa tak isi minyak dekat Sungai Besi ni,” kata seorang wargamaya.

I would literally die if this happened to me in real life,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kredit foto: Twitter @aimanhxzm, @ShamilAfnan dan @hhhnafiz